Monday, 18 June 2018

Seller yang penipu ada ciri-ciri ani






Akhir-akhir ani kitani di viralkan dengan kisah seller PENIPU. Hakikatnya dalam dunia internet ani, kita inda dapat mengenal pasti hati budi  seseorang 100% dalam masa yang terdekat, apatah lagi untuk mempercayai penjual online bulat-bulat. Disini, TechGeek ingin share beberapa tips supaya inda tertipu dengan seller yang penipu ani. Lagi-lagi kalau seller tu menjual pre-order, masih ada risikonya untuk membagi duit sebelum barang sampai.







1) Pertama, macam kita meliat kadai-kadai di luar, laku atau inda, murah atau inda kedai tu menjual,  sama jua macam kita meliat seller di internet(FB/IG) check followers nya, aktiviti jual beli nya, berapa lama sudah ia berjual online & gambar yang digunanya. Sekiranya FB nya Nampak sangat meragukan, elakkan untuk mencuba membeli di FB/IG yang berkenaan.

2) Kedua, liat reviews dan kredibiliti seller atu. Seller yang mempunyai servis yang tip top, semestinya ada customers comment dengan pujian & positivity

3) Ketiga, lihat barang yang di juali oleh si penjual online. Kalau barang tu pre-order, harganya sangat murah & harga yang di offer inda masuk akal, elakkan untuk membeli. Besar kemungkinan seller tu menipu

4) Keempat, kalau masih macam inda puas hati sebab seller atu menjual murah & masih gagahi jua kan membali, dapatkan recommendation dari kalangan kawan-kawan. Cuba tanya, kenal atau inda online store/online store atu…kalau banyak yang kata inda kenal, elakkan.

5) Cari yang menerima half deposit supaya biskita & seller dalam win-win situation.

Insyallah, dalam keburukan membeli dalam online ani, terdapat jua kebaikkannya. Kepada manusia (bukan seller) yang menyamar jadi seller di internet ani, tolong jangan menipu, apatah lagi mengambil title “seller pre-order”. Bukan saja mencemarkan nama baik/imej online seller di Brunei ani, tapi memberi masalah untuk mendapatkan kepercayaan customer. 

Mudahan sedikit sebanyak sharing diatas dapat membantu para pembeli untuk  bershopping dengan lebih bijak

No comments:

Post a Comment

OTG Pendrive untuk Android